Sri Lumay ialah raja pertama yang mendirikan Kerajaan Cebu, yang pada masa ini termasuk wilayah Provinsi Cebu di Filipina. Menurut cerita rakyat Visayas, ia berasal dari Sumatera, dan berdarah kacukan Tamil-Melayu.[1] Sri Lumay kemudian menetap di Sugbo, nama lama dari bandar raya Cebu.[2][3] Dia meneroka penempatan yang berhampiran pantai, di antara aliran dua sungai. Dia kemudian berniaga emas, hamba, lilin lebah, musang, kain kapas tradisional, dan mutiara.[4]
Dia mempunyai beberapa keturunan, salah seorang daripadanya ialah Sri Bantug, yang kemudian mempunyai anak lelaki bernama Rajah Humabon, iaitu raja Cebu yang menjumpai penjelajah Sepanyol Ferdinand Magellan.[1]